Diterbitkan pada 10 Mac 2026, 10:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Yayasan Karyawan menganjurkan Pertandingan Resensi Karya Agung Melayu untuk memberikan peluang kepada penulis dan pencinta sastera menonjolkan bakat dalam penulisan ulasan buku.

Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menghasilkan resensi terhadap karya agung Melayu.

Menurut penganjur, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Johan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta buku Karya Agung Melayu. Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing akan menerima RM700 serta RM500 berserta buku Karya Agung Melayu.

Selain itu, tiga hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap satu turut disediakan kepada peserta terpilih. Penyertaan pertandingan ini telah dibuka pada 3 Mac 2026 dan akan berakhir pada 31 Mac 2026.

Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan oleh pihak penganjur atau mengimbas kod QR pada poster rasmi pertandingan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat penyertaan dan format penulisan resensi disarankan supaya merujuk maklumat yang disediakan semasa proses pendaftaran.

Inisiatif ini turut dapat menggalakkan masyarakat mendekati khazanah kesusasteraan Melayu dan menghidupkan minat membaca kembali serta menilai karya klasik secara kritis.

Penganjuran pertandingan ini diharapkan agar dapat menjadi platform kepada penulis baharu dan peminat sastera untuk mengasah kemahiran menilai karya, di samping memperkukuh penghargaan terhadap warisan kesusasteraan Melayu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi