Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuching – Penganjuran Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Sarawak 2025 merupakan satu daripada usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak bagi memupuk minat pelajar dan guru dalam menerbitkan majalah sekolah yang bermutu.
Kualiti majalah sekolah tersebut bukan sahaja daripada aspek penerbitan, malahan daripada segi kandungan serta karya pelajar sekolah. Majalah sekolah bukan sekadar wadah informasi, tetapi juga menjadi cerminan kepada identiti, kreativiti dan kecemerlangan warga sekolah.
Dalam majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung semalam di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak, sebanyak 19 hadiah pengiktirafan telah dianugerahkan untuk karya pelajar dalam kategori sajak, cerpen dan esei serta kategori Majalah Terbaik.
Penghargaan dan pengiktirafan ini semestinya bertujuan untuk menggalakkan minat pelajar bagi terus menulis dalam genre kreatif dan bukan kreatif, khususnya dalam bahasa Melayu.
Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Syarifah Fariah Syed Junaidi, mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Malaysia mewakili Ketua Pengarah DBP Malaysia, Dato Dr. Jeniri Amir, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Dr. Azizul Haji Ismail, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr. Robert Menua, Pengarah Bahagian Persejarahan, Yayasan Tun Jugah dan Dr. Noratikah Mohamad Ashaari, Timbalan Dekan Hubungan Industri dan Masyarakat, UNIMAS.
Pada tahun 2025, Johan Kategori Majalah Terbaik Keseluruhan dan Majalah Terbaik Kategori Bahasa telah diungguli oleh SMK Pending, manakala Naib Johan dimenangi oleh SMK Baru Bintulu. Tempat ketiga pula oleh dimenangi oleh SMK Subis dan sagu hati diberikan kepada SMK Baru Miri. Majalah Terbaik Kategori Penerbitan pula dimenangi oleh Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan Hadiah Khas Juri dimenangi oleh SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.
Bagi kategori karya pelajar, sebanyak 12 orang pelajar telah menerima pengiktirafan bagi kategori sajak, cerpen dan sajak. Senarai penuh adalah seperti berikut:
Kategori Sajak
Kategori Cerpen
Kategori Esei