22 November 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Batu Pahat – Festival Seni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Feseni UTHM) kembali lagi tahun ini. Feseni merupakan acara tahunan yang dikelola oleh Bahagian Kebudayaan (PSKU) UTHM. Acara ini telah bertahan selama lebih 10 tahun di bawah naungan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM.

Feseni 2024 akan berlangsung pada 27 hingga 30 November 2024 dengan menampilkan sebanyak enam kategori pertandingan seperti Busking, Deklamasi Puisi, Nyanyian, Nasyid, Teater dan Tarian.

Disertai oleh pelajar dari Kolej Kediaman Dalam Kampus, Kolej Kediaman Luar Kampus dan Kolej Kediaman Pagoh, festival ini bertujuan untuk mencungkil bakat anak muda sekali gus melestarikan warisan seni budaya.

Juara bagi setiap kategori pertandingan dan pemenang keseluruhan terbaik akan diumumkan pada malam kemuncak, iaitu Malam Juara-Juara. Seterusnya, pemenang akan menyertai pertandingan peringkat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan turut berpeluang mewakili UTHM ke peringkat antarabangsa dalam program Hussein Global.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.