Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPerak – Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) ke-8 merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada para penulis negeri Perak.
Program ini bukan sekadar acara tahunan tetapi juga sebuah penyataan yang jelas tentang kedudukan sastera dalam agenda pembangunan negeri.
Hal ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan merangkap Pengerusi PORT, YB Khairudin Abu Hanipah mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad dalam ucapan perasmian HSDR ke-8 di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat bahawa bidang kesusasteraan ini juga merupakan tunjang pembentukan jati diri dan identiti sesebuah masyarakat.
Kewujudan bidang sastera dalam kehidupan bukan sekadar hiburan tetapi juga wadah penyampaian idea, pencatatan sejarah dan menjadi sebahagian daripada proses pengembangan ilmu.
Selain itu, HSDR juga melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam mengangkat karya bermutu tinggi hasil para penulis kelahiran negeri Perak atau yang telah bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya terpilih.
Sebanyak tiga pecahan kategori yang terlibat bagi penganugerahan HSDR ke-8 pada tahun ini antaranya termasuklah, Hadiah Kategori A (Karya Perseorangan – Buku), Hadiah Kategori B (Karya Perseorangan – Eceran) dan Hadiah Kategori C (Karya Ilmiah).
Empat anugerah utama yang telah dibuka untuk pencalonan ialah Anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Anugerah Ilmuwan Negeri, Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat dan Anugerah Pejuang Sastera.
Penerima Anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan menerima wang tunai bernilai RM30 000, penerima Anugerah Ilmuwan Negeri akan membawa pulang wang tunai bernilai RM20 000, manakala penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat akan membawa pulang wang tunai bernilai RM20 000, dan penerima Anugerah Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan pula akan menerima wang tunai bernilai RM15 000.
Para panel penilai HDSR pada kali ini ialah Dr. Mohd Hanafi Ibrahim, Encik S.M Zakir, Encik Zaen Kasturi, Prof. Madya Dr. Mawar Safei, Datuk Dr. Lim Swee Tin, Dr. Mohamad Shaidan, Encik Zakaria Ariffin, Encik A. Wahab Hamzah, Prof. Dr. Hashim Ismail, Prof. Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman, Prof Dr. Md. Sidin, Prof. Madya Dr. Nik Rafidah, Prof. Madya Dr. Roosfa Hashim, Encik Abd. Karim Abu Bakar, Tuan Haji Jamaluddin, dan Dr. Wan Patanah.
Berikut merupakan senarai penuh penerima bagi tiga kategori iringan dan empat kategori utama HDSR ke-8, pada tahun ini:
Anugerah Utama:
Hadiah Kategori A (Karya Perseorangan – Buku):
Hadiah Kategori B (Karya Perseorangan – Eceran)
Puisi:
Cerpen:
Esei Kritikan:
Skrip Drama Pentas:
Rencana Sastera:
Kategori C (Karya Ilmiah):
Penganjuran HSDR ke-8 ini dilihat bukan sahaja untuk memberikan pengiktirafan kepada penulis tempatan tetapi juga sebagai sebuah penghormatan buat mereka atas sumbangan berterusan yang telah diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera tempatan.