Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangNovel pertama dari Rita Bullwinkel (Headshot), Yael van der Wouden (The Safekeep) dan Colin Barrett (Wild Houses) memasuki senarai panjang Hadiah Booker 2024.
Walaupun novel pertama mereka tersenarai, namun ketiga-tiga mereka telah lama berkecimpung dalam dunia kesusasteraan.
Colin Barrett pernah menghasilan buku kumpulan cerpen. Salah satu cerpennya yang bertajuk “Calm With Horses” pernah diadaptasi menjadi filem.
Tulisan Rita Bullwinkel pula pernah terbit dalam majalah sastera yang terkenal seperti White Review, BOMB, dan McSweeney’s manakala tulisan berupa esei oleh Yael van der Wouden pula pernah dinobatkan sebagai antara esei terbaik Amerika Syarikat pada tahun 2018.
Menurut panel juri Hadiah Booker pada kali ini, novel Headshot mengisahkan tentang keberanian dan kejituan peninju wanita dan juga memaparkan mengenai identiti dan dinamik keluarga.
Novel The Safekeep pula memaparkan tema obsesi dan kehilangan dalam rumah terpencil di Belanda. Novel itu membawa pembaca masuk ke dalam dunia yang dikatakan sebagai inti pati kehidupan masyarakat Belanda.
Manakala novel Wild Houses pula bertemakan “jenaka gelap” yang melibatkan dua orang asing yang memasuki sebuah pekan kecil di Ireland.