Oleh Suyuthi Yusuf
28 Februari 2024, 15:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperuntukkan RM20,000.00 kepada bakal para pemenang Hadiah Tunas Cipta 2021/2022.

Hadiah Tunas Cipta diwujudkan bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada karya puisi, cerpen dan rencana yang disiarkan dalam majalah di Malaysia pada tahun 2021 dan 2022.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari ketika menerangkan tentang Hadiah Tunas Cipta 2021/2022.

“Hadiah ini dilaksanakan untuk menggalakkan penghasilan karya yang bermutu tinggi dalam kalangan penulis muda bagi kategori kanak-kanak dan kategori remaja,” ujar Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dalam sidang media pada tengah hari tadi.

Bagi kategori kanak-kanak, penulis yang berumur antara tujuh hingga 11 tahun bagi genre cerpen dan puisi yang disiarkan dalam majalah buat pertama kali pada tahun 2021 dan 2022 boleh menghantar pencalonan mereka. Setiap pemenang genre puisi akan menerima RM500.00, manakala bagi genre cerpen akan menerima RM800.00.

Bagi kategori remaja pula, penulis yang berumur antara 12 tahun hingga 21 tahun bagi genre cerpen, puisi dan rencana yang disiarkan dalam majalah buat pertama kali pada tahun 2021 dan 2022 juga boleh menghantar pencalonan. Setiap pemenang bagi genre puisi akan menerima RM700.00, genre cerpen pula RM1,000.00 dan rencana pula RM1,000.oo

Syarat pencalonan dan borang penyertaan boleh didapati daripada media sosial DBP dan penyertaan dialamatkan kepada Urus Setia Hadiah Tunas Cipta 2021/2022, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan atau dihantar melalui e-mel [email protected].

Tarik tutup penyertaan adalah pada 1 April 2024 (Isnin).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.