28 Februari 2024, 09:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – KLAB 2024 pada tahun ini menganjurkan pelbagai acara yang menghidupkan suasana di Pasar Seni antaranya termasuklah, forum, sembang santai, temu bual bersama-sama penulis selain daripada acara pelancaran buku.

Dengan kehadiran 49 buah rumah penerbit yang mengambil bahagian sebagai pempamer, pengunjung dapat menerokai pelbagai jenis buku daripada pelbagai jenis genre dan bidang.

Setiap sudut KLAB 2024 dipenuhi dengan karya sastera alternatif sehingga ke bahan bacaan seperti karya komik bebas.

Antara rumah penerbitan yang turut serta dalam acara ini termasuklah, Biblio Press, Tarbiah Sentap, Nusa Centre, Akademi Jawi Malaysia, Bukuku Press, Gerak Budaya, Tokosue, Kawah Buku, PenerbiT UMK, Pelita Dhihin dan Media Inspirasi Nusantara.

Slogan “Buku Bertemu Rusa”, KLAB 2024 tidak hanya menjadi tempat untuk berbelanja buku, tetapi juga sebagai pentas pertemuan antara peminat buku dengan penulis.

KLAB 2024 telah membuktikan kejayaannya sebagai sebuah acara yang mengagumkan dan memenuhi harapan pengunjung serta penerbit. Inspirasi dan semangat yang ditemui pada acara ini menggalakkan minat terhadap pesta buku alternatif dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.