5 Februari 2024, 17:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Negara China memohon 178 judul buku tempatan diimport ke negara mereka”, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Baca Puisi PENA Malam Baca Puisi PENA dengan tema “Harum Bulan Mewangikan Hujan Lalu Wujud Kecintaan” yang bertempat di Rumah Penulis Nasional (PENA) pada 2 Februari lepas.

“Perbadanan Kota Buku telah berjaya membuka pintu yang pertama untuk penulisan produk perbukuan Malaysia masuk ke 1000 buah universiti di seluruh negara China.

Malam Baca Puisi Pena bertemakan “Harum Bulan Mewangikan Hujan Lalu Wujud Kecintaan” telah berlangsung pada Jumaat lepas bertempat di Rumah PENA, Kuala Lumpur.

“Dan semalam (Khamis), kami sudah dapat senarai yang pertama dengan 178 judul, yang kami tidak tahu daripada mana mereka dapat senarai buku-bukunya itu, tetapi mereka sudah e-mel kepada kami dan mereka mahukan judul-judul ini masuk ke sana,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut berjanji untuk menaja program Malam Baca Puisi PENA yang akan datang sehingga tamat tahun 2024. Katanya.

Dengan berbesar hati, Perbadanan Kota Buku bersetuju untuk menjadi rakan strategik selama sepanjang satu tahun ini dan kita akan menaja setiap Malam Baca Puisi PENA setiap bulan.

Beliau turut berpesan kepada penulis bahawa mereka tidak perlu risau untuk ‘mencari makan’ dengan menulis kerana pihak PKB akan membantu penulis yang mahu memasarkan produk buku mereka. Jelasnya,

Khalayak penulis, jangan terlampau risau dan pening memikirkan bagaimana hendak memasarkan buku di peringkat antarabangsa dan sebagainya. Itu tugas kami, kami bantu. Tuan-tuan dan puan-puan teruslah menulis dengan begitu baik.

Dalam ucapannya, Adibah Omar turut berkata bahawa program kolaborasi antara PKB dengan PENA yang diadakan pada malam itu merupakan program kali pertama yang  khusus melibatkan kedua-dua entiti tersebut.

Foto: Kota Buku

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.