24 Januari 2024, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Changlun – Seminar Apresiasi Bahasa dan Sastera dalam Industri Kreatif dan Teknologi Maklumat (SABS) 2024 telah berlangsung pada 23 Januari bertempat di Student Accomodation Centre (SAC) UUM, Changlun, Kedah.

Seminar yang dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BLIT) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif (BCLCIM) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa SLCP, Dr. Maizatul Azura Yahya.

Seminar ini dibuat bertujuan untuk melihat hasil kerja pelajar melalui Projek Tahun Akhir (FYP) yang sebahagiannya menukangi tesis berkenaan dengan linguistik dan sastera. Manakala, sebahagian lagi memilih untuk menghasilkan produk akhir yang berbentuk aplikasi sesawang dan karya kreatif seperti skrip drama pentas, kumpulan puisi dan cerpen.

Salah seorang daripada pelajar tahun akhir mempersembahkan Projek Tahun Akhir (FYP) mereka kepada tetamu yang hadir.

Selain itu, seminar ini juga dilihat mampu memberikan perkongsian ilmu yang mendalam serta idea yang segar kepada pelawat yang rata-ratanya merupakan ahli akademik di Universiti Utara Malaysia.

Pengarah program SABS 2024, Iqmal Hakim Rosli dalam ucapannya turut meluahkan rasa bangga kerana seminar yang julung kali diadakan di bawah pusat pengajian SLCP merupakan medium yang tepat buat mereka berkongsi hasil kerja sekali gus membuka ruang dan peluang buat mereka untuk berkreatif.

Kecemerlangan seminar ini secara keseluruhannya telah memaparkan kebijaksanaan, kebolehan serta kreativiti pelajar serta memperlihatkan usaha mereka dengan jelas dalam memartabatkan bahasa yang melibatkan kemahiran dalam linguistik dan kesusasteraan Melayu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.