3 Januari 2024, 18:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebanyak sepuluh naskhah hasil karya pelajar Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mewarnai Penilaian Tahun Akhir (PeTA) dengan mengetengahkan idea dan konsep penulisan yang meneroka pelbagai genre serta paparan emosi dan sisi pandang yang menarik.

Pembentangan PeTA 2023/2024 Ijazah Sarjana Muda ini merupakan anjuran Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA yang diadakan pada petang ini di Pusat Penyiaran ASWARA.

Pembentangan naskhah lakon layar oleh pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif.

Penilaian terbuka ini dibuat bertujuan untuk melihat naskhah akhir yang ditukang oleh sepuluh orang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang melibatkan pembinaan idea dan pemahaman mereka terhadap dunia penulisan selama tiga tahun pembelajaran.

Pembentangan yang dipecahkan kepada dua sesi ini turut menampilkan lima orang penilai bagi sesi pertama, antaranya termasuklah Sasterawan Negara (SN), Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Dr. Azman Ismai, Encik Mohd Ridzuan Harun, Dr. Mohamad Syahidan dan Tuan Syed Mohd Zakir.

Manakala, bagi sesi kedua, empat naskhah lakon layar ini telah dinilai oleh Encik Zakaria Ariffin, Encik Thaaqhib Mohammed, Puan Siti Jasmina dan Puan Maizura Ederis.

Pemikiran kreatif dan kritis dalam mempertahankan karya masing-masing melalui pembentangan tahun akhir ini secara tidak langsung turut memberikan percikan semangat dan pandangan berbeza buat para pelajar sepanjang tiga tahun menukangi naskhah yang telah diusahakan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.