3 November 2023, 10:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kedah – “Sebagai seorang pelakon teater, bakat, cita-cita yang tinggi serta keazaman yang murni perlu ada agar setiap lakonan yang ditonjolkan itu dapat memberikan keyakinan kepada diri sendiri agar terus maju ke hadapan.”

Demikian luahan Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe K.A.S ketika berucap dalam Bengkel Asas Teater Peringkat Daerah Kubang Pasu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah.

Bagi pelajar yang ingin berteater, mereka perlu mempunyai asas dan panduan dalam berteater.

Bengkel tersebut turut melibatkan sebanyak 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang berusia antara 11 hingga 15 tahun di sekitar Daerah Kubang Pasu.

Peserta yang terdiri daripada pelajar berusia 11 hingga 15 tahun sedang melalui proses sumbang saran sebagai tugasan pertama.

Bengkel di bawah bimbingan Cikgu Muzaffar Tawang ini dilihat memberikan peluang yang luas kepada pelajar dalam mengasah bakat mereka untuk melahirkan pelapis berkualiti bagi mana-mana pertandingan teater sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Suasana ketika bengkel.

Joe K.A.S turut berkongsi bahawa dalam dunia teater, seseorang itu perlu menghayati dan memahami setiap dialog yang ingin disampaikan kepada penonton. Penyampaian dialog yang baik mampu membuatkan penonton berasa terhibur dan suka kepada lakonan yang dipersembahkan.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Encik Mukhtar Mansor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.