Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Program kolaborasi Bengkel Perolehan Manuskrip Karya Cerpen antara Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (ASWARA) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berlangsung pada 11 Oktober lalu bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur.
Program yang dihadiri sebanyak 30 orang peserta diisi dengan taklimat berkenaan penerbitan buku sastera yang disampaikan oleh Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Encik Mohd Azam Juhari. Dalam sesi taklimat berikut peserta diberikan garis panduan terhadap cara dan jenis karya yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, Encik Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) juga turut membimbing peserta berkenaan dengan penulisan cerpen.
Bengkel ini turut diisi dengan penjelasan berkenaan hal-hal berkaitan penerbitan seperti spesifikasi manuskrip, format penyediaan karya, kandungan manuskrip dan tatacara penghantaran manuskrip. S.M Zakir berkongsi bahawa,
Cerpen merupakan suatu karya penulisan yang dibina menggunakan peralatan bahasa untuk menyampaikan cerita.
Melalui bengkel ini, peserta juga diajarkan tentang perincian berkenaan penulisan plot penceritaan, watak dan perwatakan, latar serta teknik yang sesuai digunakan semasa menghasilkan karya.
Bengkel ini merupakan inisiatif yang baik dalam memartabatkan seni sastera dan sekali gus membuka ruang serta peluang kepada pengkarya muda untuk mengenali lebih mendalam tentang penghasilan karya dan ilmu penerbitan buku.