31 Ogos 2022, 14:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dengan bismillah hamba mulakan,

Syair merdeka hamba dendangkan,

Sejarah negara usah lupakan,

Mari sejenak kita renungkan.

Tanah Melayu bumi bertuah,

Sungguh gemilang tinggi maruah,

Laut dan darat hasil berbuah,

Rahmatnya Allah melimpah-ruah.

Kota Melaka masyhur terpegah,

Tempat pedagang berderu singgah,

Ancaman penjajah datang menggugah,

Tiada siapa dapat menyanggah.

Portugis, Belanda jadi pemula,

Inggeris dan Jepun datang bersela,

Kuasa Raja-Raja terus dicela,

Keamanan tidak lagi terbela.

Tercabar semangat pejuang bangsa,

Bertaruh nyawa selamatkan nusa,

Pertahan negara semulia jasa,

Bakti dikenang sepanjang masa.

Berpuluh dekad arakian itu,

Ogos menjadi catatan waktu,

Malaysia merdeka terbentuk jitu,

Moga sejahtera rukun bersatu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.