16 Mei 2022, 14:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Tugas guru sangat mulia,

Pewaris nabi dan aulia.

 

Tugas guru bukan sembarangan,

Pahala berlipat berat timbangan.

 

Tugas guru harum berzaman,

Ilmu mereka menjadi peneman.

 

Tugas guru tiada terperi,

Maklum insan sejak bahari.

 

Tugas guru berkongsi sayang,

Biar murid tak hidup dalam bayang.

 

Tugas guru menjadi kawan,

Penyambung segala tali ikhwan.

 

Tugas guru pembuka pintu,

Tiada tersesat labirin buntu.

 

Tugas guru pencipta inovasi,

Biar cara didik tidak terus basi.

 

Muhni Ismail

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.