Diterbitkan pada 24 Februari 2022, 09:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pepohon Kasih Paduka Shah Alam
(Mengenang Paduka Sultan Abdul Ghafur)

Telah gugur pepohon kasih kita
ratna pakaja
saat nobat nafiri dipalu
mengiringi keranda emas paduka kakanda

sirnalah tawarikh
bentala keramat nan panjang
saat pekaka perkasihan kita
meradak budimu
mengganti sumpah setia cinta
dengan serakah kuasa di peterana

darahmu telah bertukar sumpah
tujuh cemeti petala
sudah menghembus binasa
pada kulawangsa yang rela
menyebak pintu kota
menggogok likat darah ayahanda

cumalah ratna pakajaku,
sembah derhaka adinda pohonkan
tatkala tanah terakhir melitupi pusaramu
terkambus jua Hukum Kanun Inderapura
mahakarya cinta yang kita hidupkan bersama
mengarak pergi daulat rajanya.

Syahidatul Munirah
SLCP, UUM

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi