Diterbitkan pada 31 Julai 2024, 12:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hadiah Booker 2024 (The Booker Prize 2004) mengumumkan 13 buku dalam senarai panjangnya pada tahun ini. 13 buku tersebut telah dipilih daripada 156 buku yang diterbitkan pada 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2024.

Pemenang hadiah buku yang berprestij tersebut akan diumumkan pada 12 November di Old Billingsgate, London.

Sebelum para pembaca mengetahui pemenangnya, komuniti Hadiah Booker akan mengumumkan enam senarai pendek yang telah disaring daripada senarai panjang tersebut pada 16 September nanti.

Panel juri bagi Hadiah Booker ini terdiri daripada para pengkritik, editor, penulis, dan ahli muzik, antaranya termasuklah Edmund de Waal (ketua juri), Sara Collins, Justine Jordan, Yiyun Li, dan Nitin Sawhney.

Menurut Edmund de Waal, pemilihan senarai hadiah ini meliputi karya yang menyentuh dengan cara yang mengesankan tentang manusia dan kesukarannya dalam menghadapi situasi yang sukar dalam hidup.

Karya-karya yang terpilih ini mengisi ruang dalam hati kita dan membuatkan kita juga ingin mencari ruang dalam membaca kehidupan orang lain.

13 buku dalam senarai panjang tersebut adalah seperti berikut:

  • Wandering Stars oleh Tommy Orange
  • Wild Houses oleh Collin Barrett
  • Held oleh Anne Michaels
  • Creation Lake oleh Rachel Kushner
  • This Strange Eventful History oleh Claire Messud
  • Playground oleh Richard Powers
  • Enlightenment oleh Sarah Perry
  • Orbital oleh Samantha Harvey
  • James oleh Percival Everett
  • The Safekeep oleh Yael van der Wouden
  • My Friends oleh Hisham Matar
  • Stone Yard Devotional oleh Charlotte Wood
  • Headshot oleh Rita Bullwinkel

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi