Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Nerang – Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dalam darjah satu hingga darjah enam menyertai Bengkel Teater Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang (SKKN), Kedah.
Bengkel tersebut dianjurkan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara yang bertujuan untuk mendedahkan ilmu teater kepada kanak-kanak.
Setiausaha PENTAS, Mohd Zulkamal Ismail menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan penyertaan kanak-kanak dan remaja dalam bengkel ini. Secara tidak langsung, mereka dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna tentang kesusasteraan, khususya teater.
Asas ilmu teater ini amat penting sekali kerana hal tersebut dapat menarik minat kanak-kanak terhadap dunia teater serta cara-cara untuk terlibat secara aktif dalam teater.
Dalam pada masa yang sama, PENTAS juga memerlukan pelapis yang berani dan berkeyakinan untuk diserapkan dalam bidang teater.

Setiap persembahan yang dijalankan oleh PENTAS merupakan suatu program yang baik dalam mengetengahkan bakat baharu yang terdiri daripada kanak-kanak.
Di akhir bengkel, setiap peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengarah PENTAS, Mohd Zulkamal Ismail atau lebih dikenali sebagai Joe KAS. Turut hadir ialah dua staf daripada DBP Wilayah Utara, iaitu Encik Azizee Ahmad dan Rafiuddin Che Ahmad. Hadir sama ialah Guru Pembimbing Kelab Seni Budaya SKKN, Khairil Azwardy Mat Kassim.