Diterbitkan pada 23 Julai 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Alor Setar – “Pantun merupakan puisi tradisional Melayu dan berasal daripada sastera lisan. Pantun merupakan sastera asli ciptaan orang Melayu tanpa saduran daripada budaya lain”

Begitulah kata-kata yang diluahkan oleh Ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Sanusi Din atau lebih dikenali sebagai Ibnu Din Assingkiri yang dijemput  untuk menyampaikan ceramah dalam Bengkel Penulisan Pantun Kanak-kanak yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar.

Bengkel penulisan pantun yang diadakan itu bersempena dengan Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Kedah yang diadakan selama dua hari berturut-turut. Festival tersebut diadakan bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar menjadi insan yang berilmu serta berwawasan.

Menurutnya lagi, pantun digunakan sebagai lirik lagu, joget, dondang sayang, boria dan lain-lain.

Untuk menulis pantun, seseorang itu perlu mempunyai kamus DBP, kamus rima, rampai sari pantun dan kamus peribahasa. Dengan adanya kamus ini, maka akan memudahkan kita untuk mengarang pantun dengan lebih baik lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa untuk menulis sebuah pantun, seseorang itu perlu memahami dan menghayati dengan sebaiknya tentang apa itu pantun. Dengan memahami dan menghayati erti pantun, seseorang itu akan berupaya menulis sebuah pantun dengan baik dan sempurna.

Pantun yang baik dan sempurna ialah sebuah pantun yang mempunyai maksud serta pembayang yang betul. Tulislah pantun dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali menulis pantun yang tidak membawa apa-apa maksud.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi