Diterbitkan pada 29 April 2024, 15:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Abu Dhabi – Basim Khandaqji, penulis Palestin yang sedang dipenjarakan oleh Israel memenangi Hadiah Antarabangsa Fiksyen Arab (IPAF) menerusi karyanya yang bertajuk, A Mask, the Colour of the Sky.

Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Abu Dhabi. Pengasas penerbit (Dar Al Adab) karyanya itu, iaitu Rana Idriss menerima anugerah tersebut mewakili Basim Khandaqji. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak $50 000 USD bagi anugerah tersebut.

Rana Idriss dalam ucapannya menyatakan bahawa Basim merakamkan penghargaan kepada penganjur dan juri selain turut berterima kasih kepada keluarganya yang menjadi sumber kekuatannya selama dia dipenjarakan oleh Israel.

Novel A Mask, the Colour of the Sky mengisahkan tentang kehidupan Nur, seorang ahli arkeologi yang hidup dalam kem pelarian di Ramallah. Nabil Suleiman, penulis dari Syria yang merupakan ketua juri bagi anugerah berkenaan mengangkat novel tersebut yang memiliki lapisan naratif menarik yang menggabungkan sejarah, mitos dan suasana semasa.

Novel ini juga novel keempat Basim. Novel ini turut mengalahkan 133 karya lain yang turut dicalonkan.

Sumber foto: International Prize for Arabic Fiction

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi