Diterbitkan pada 26 Jun 2023, 10:30
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNazam dimula dengan memuji Ilahi,
Moga yang buruk dapat kita jauhi.
Bermula lembaran kita dekati ilmu,
Maka DBP jadikan tempat bertamu.
DBP tempat berhimpun para ilmuwan,
Berkongsi pendapat, ilmu dan pengetahuan.
DBP ayuh kekal jadi rujukan,
Bahasa Melayu sama kita martabatkan.
Ulang tahun DBP raikan bersama,
Bahasa ibunda mekarlah selama-lama.
Kekallah masyhur DBP martabat bahasa,
Khidmat diberi kami kenang sentiasa.
Karya: Cheguu AA
Alunan serunai: Rais Iqbal