Diterbitkan pada 8 Jun 2026, 17:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bukit Ayer – Program Bimbingan Dendangan Syair hasil kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis menjadi usaha yang signifikan untuk memperkasakan seni syair sebagai warisan sastera Melayu.

Program yang disertai oleh 30 orang peserta itu berlangsung dengan jayanya di Bukit Ayer, Perlis, 6 Jun lalu.

Sesi bimbingan tersebut dikendalikan oleh Roslan Madun yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam seni dendangan syair.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik dendangan syair yang betul, penghayatan maksud rangkap syair, kaedah penyampaian yang berkesan serta berpeluang mempraktikkan sendiri teknik dendangan yang dipelajari.

Roslan Madun ketika memberikan bimbingan kepada para peserta.

Menurut penganjur, program seumpama ini penting bagi memastikan seni syair terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda agar khazanah kesusasteraan Melayu tidak lapuk ditelan zaman.

Kerjasama strategik antara DBP Wilayah Utara, JKKN Perlis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis diharapkan agar dapat diteruskan bagi memperkaya aktiviti kesenian dan kebudayaan di negeri ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi