Diterbitkan pada 8 Jun 2026, 12:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Nur Farah Suhaila Zahari

Behrang – Program  Menyulam Budi Menganyam Bakti 2026 menjadi platform kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menghayati semangat kesukarelawanan dan mengukuhkan jalinan komuniti.

Program yang dianjurkan di bawah kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Bahasa Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan kerjasama Himpunan Anak Kedah (HAK) UPSI berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Bandar Behrang 2020, 6 Jun lalu.

Seorang daripada peserta bekerjasama dengan komuniti setempat dalam program tersebut.

Program ini melibatkan 72 orang pelajar yang menjadi sukarelawan membersihkan masjid berkenaan, termasuklah menyapu sampah, mengutip daun kering, mencuci longkang, mencuci lantai, mengecat batu penghadang jalan dan membersihkan kawasan dalam masjid.

Program ini bukan sahaja membina ikatan ukhuwah, malah menyemai semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Para peserta program bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan komuniti setempat.

Pelibatan aktif pelajar dalam program sebegini dapat menyemai nilai kesukarelawanan untuk memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan ikatan silaturahim antara mahasiswa dengan komuniti setempat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi