Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan Telipok sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya merangkul Anugerah Magic Award 12 menerusi filem pendek bertajuk “Warriors of Independence (Halamaniyi Kiyor)” di Festival Filem Antarabangsa Kanak-Kanak dan Remaja Busan Ke-21 (BIKYF) yang berlangsung di Busan, Korea Selatan.
Kejayaan membanggakan ini membuktikan kemampuan murid-murid SK Tampulan Telipok menghasilkan karya kreatif bertaraf antarabangsa serta bersaing dengan penyertaan dari pelbagai negara.

Filem yang diarahkan oleh Nur Zahra Aisyah dan dengan bimbingan oleh Cikgu Iroet Marteni berjaya menambat hati panel juri melalui penceritaan yang menyentuh nilai sejarah, jati diri dan semangat kemerdekaan.
Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah turut mengangkat imej Sabah dan Malaysia di persada antarabangsa.
Kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara murid, guru, ibu bapa serta komuniti yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pembangunan bakat dan kreativiti generasi muda.