Diterbitkan pada 4 Mei 2026, 10:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur — Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terus mencipta kecemerlangan apabila muncul sebagai johan Temasya Pantun Kerabat (TEPAK) Bestari 2026.

Kemuncak acara berprestij yang disertai pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan ini telah berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, semalam.

Pada peringkat akhir, pertembungan antara pasukan Rentaka UiTM (UiTM Shah Alam) dengan pasukan Nilakandi (Universiti Malaya) menjadi tumpuan utama penonton. Kedua-dua pasukan tersebut mempamerkan keindahan bahasa dan kepantasan berfikir ketika berbalas pantun.

Kejayaan ini turut diserikan dengan Anugerah Pemantun Terbaik Akhir yang diraih oleh Nur Qazreen Rasidi, pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang. Selain itu, pasukan Rentaka UiTM juga meraih tempat kedua bagi kategori Busana Terbaik.

Nur Qazreen Rasidi dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Akhir TEPAK Bestari 2026.

Sementara itu, pasukan Indera (UiTM Shah Alam) berjaya mencuri perhatian para juri dalam seni persembahan apabila memenangi tempat pertama dalam kategori Busana Terbaik serta Anugerah Pembukaan Pantun Terbaik.

Pertandingan ini bukan sahaja mengangkat seni pantun sebagai warisan budaya yang bernilai tinggi, malah menjadi wadah bagi generasi muda untuk mengekspresikan bakat dan kecintaan terhadap bahasa Melayu.

Kejayaan UiTM Shah Alam dalam pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan institusi tersebut untuk memartabatkan seni dan budaya tradisional pada peringkat nasional.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi