Diterbitkan pada 18 Disember 2025, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini mengumumkan penghantaran karya Hadiah Tunas Cipta 2023/2024 sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada karya kreatif terbaik penulis muda di Malaysia. Hadiah ini mengiktiraf karya yang telah disiarkan dalam majalah sepanjang tahun 2023 dan 2024 merangkumi genre puisi, cerpen dan rencana.

Pengumuman tersebut bertujuan mempelawa penerbit dan penulis untuk menghantar karya bagi penyertaan mereka. Hadiah Tunas Cipta diperkenalkan sebagai platform penting untuk menggalakkan penghasilan karya bermutu tinggi dalam kalangan penulis muda selain memperkayakan khazanah kesusasteraan Melayu.

Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu Kategori Kanak-kanak melibatkan penulis berumur 7 hingga 12 tahun bagi genre puisi dan cerpen, serta Kategori Remaja yang terbuka kepada penulis berumur 13 hingga 21 tahun bagi genre puisi, cerpen dan rencana. Karya yang dipertandingkan mestilah karya yang disiarkan buat kali pertama dalam majalah terbitan tahun 2023 dan 2024.

Menurut DBP, penganjuran hadiah ini bukan sahaja bertujuan memberikan pengiktirafan kepada penulis muda yang berbakat malah berfungsi sebagai wadah pembinaan bakat dan penyemaian minat menulis sejak dari rebungnya. Karya-karya terpilih diharapkan mampu menjadi sumber inspirasi kepada penulis pemula.

Tarikh tutup penyertaan Hadiah Tunas Cipta 2023/2024 ditetapkan pada 30 Januari 2026 (Jumaat). Maklumat lanjut, syarat serta borang penyertaan boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi atau dengan menghubungi pihak DBP melalui talian 03-2147 9127 / 9125 atau emel [email protected].

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi