Oleh Shield Sahran
19 Jun 2024, 11:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sibu – Penulis pemula yang baharu sahaja memulakan perjalanan sastera mereka tidak semestinya bermula pada awal usia remaja, ada antara mereka yang memulakan perjalanan sastera agak lewat berbanding yang lain.

Tetapi bagi penulis pemula yang bermula pada usia yang muda, kekurangan pengalaman dan kemahiran pengamatan akan menjadikan mereka sukar untuk menghasilkan gagasan pemikiran dalam penulisan.

Sebagai usaha untuk mengembangkan potensi dan bakat penulis pemula dalam industri penulisan tempatan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Islam telah mempergiatkan pencarian penulis pemula dalam kalangan pelajar yang mempunyai minat dan keinginan untuk menjadi penulis, meskipun tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan penulisan atau bengkel penulisan sebelum ini.

Sesi bimbingan bersama-sama para peserta di Kem Daie Pena Muda Peringkat Muda yang menyasarkan pelajar Islam di Tingkatan 4.

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Islam melalui kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dan Kolej Vokasional Sibu, Kem Daie Pena Muda peringkat negeri yang menyasarkan pelajar Islam Tingkatan 4 telah diadakan di Kolej Vokasional Sibu pada 10 hingga 12 Jun 2024.

Sebelum kem ini dilaksanakan, sayembara penulisan cerpen bertemakan dakwah sudah dilaksanakan bermula bulan pada Mac 2024 bagi mengenal pasti pelajar yang berminat untuk menulis cerpen.

Melalui sayembara tersebut, sebanyak 30 orang pelajar dari sekolah daerah Matu, Sibu, Miri, Limbang dan Kuching telah dipilih untuk menyertai Kem Daie Pena Muda.

Sebanyak 10 orang pelajar telah dipilih untuk Kem Daie Pena Muda peringkat kebangsaan yang dilihat berpotensi dalam melahirkan karya segar berkualiti dalam lapangan sastera masa hadapan.

Sebagai satu daripada usaha pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk melahirkan penulis muda Bumi Kenyalang yang dilihat sudah ketandusan penulis berbakat, program ini juga dilihat berpotensi untuk memelihara dan memulihara budaya dan warisan tempatan.

Kem pada kali ini telah melibatkan sebanyak lima orang pembimbing antaranya termasuklah, Encik Mohamad Ali Salim dari Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, Puan Nur Azshieldha Sahran dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Puan Kamisah Beni dari Sekolah Kebangsaan Bako, Encik Muhd. Shahjeehan Sahran dari Sekolah Kebangsaan Kuala Matu dan Puan Norazmah Sartoni dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu.

Sepanjang tiga hari kem ini berlangsung, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah sesi taaruf antara pelajar, slot pengenalan terhadap penulisan cerpen, bimbingan bersama-sama fasilitator dan pemurnian karya pelajar dan sesi bercerita.

Pada hari terakhir kem, sebanyak 10 orang pelajar telah dipilih untuk Kem Daie Pena Muda peringkat kebangsaan yang dilihat berpotensi dalam melahirkan karya segar berkualiti dalam lapangan sastera masa hadapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.