14 Jun 2024, 09:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

JITRA – Bagi pelajar yang ingin berlakon, mereka perlu mempunyai asas dan panduan dalam berteater. Sebagai tenaga pengajar, cikgu berharap agar kamu semua dapat mendengar dan memahami setiap apa-apa yang cikgu ajar kepada kamu tentang apa-apa itu teater.

Hal ini dinyatakan oleh penggiat teater Negeri Kedah iaitu Encik Mohd Zulkamal Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Joe K.A.S ketika menyampaikan ucapan alu-aluan bersempena dengan Bengkel Lakonan Asas Teater, di Dewan Tan Sri Shafie, Sekolah Khas Baling, Kedah.

Tambah beliau, dalam berteater seseorang itu perlu menghayati dan memahami setiap dialog yang ingin disampaikan kepada penonton. Buatlah dengan baik dan sempurna agar apa-apa yang ingin disampaikan itu akan membuat penonton rasa terhibur.

Bengkel anjuran Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu melalui kerjasama Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) telah melibatkan sebanyak 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah berusia antara 10 hingga 16 tahun

Bengkel Lakonan Asas Teater ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada setiap pelajar tentang dunia lakonan teater dan mengasah bakat setiap pelajar demi melahirkan pelapis untuk pertandingan teater di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Pengarah DBPWU, Encik Armin Azhari Saleh yang turut hadir berkata, bengkel ini dilihat dapat mencungkil bakat terpendam pelajar dan menjadi aktiviti yang bermanfaat untuk membina jati diri mereka melalui seni teater.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.