24 Jun 2024, 14:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Nurainwahidah Ahmad

Tanjung Malim – Sebanyak 40 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menjalankan program SULAM kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3103) pada 22 Jun 2024.

Program SULAM ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan pelantar kepada pelajar-pelajar kursus BSK3013 untuk membantu komuniti atau kariah Masjid Al-Hidayah dalam mempromosikan program dan pencapaian masjid ini dalam bidang penulisan.

“Program SULAM yang dilaksanakan ini bukan sahaja untuk memberikan pendedahan ataupun ilmu mengenai penulisan artikel malahan dapat memberikan pengalaman hidup yang berharga kepada mahasiswa insya-Allah untuk dunia dan juga akhirat kelak,” ujar Prof Madya Dr Ghazali selaku penasihat kursus ini.

Rusli Ahmad selalu pengerusi Masjid juga turut berharap agar program SULAM yang dijalankan ini dapat mengimarahkan lagi masjid kepada orang luar. Kongsinya,

Saya berharap agar mahasiswa UPSI bertekad menghasilkan satu video korporat, majalah dan buletin untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dalam memperkenalkan Masjid Al-Hidayah atau dikenali sebagai Masjid Biru kepada orang ramai.

Pada masa yang sama, turut berlangsung dua program lain secara serentak iaitu aktiviti merewang oleh kariah Masjid dengan kerjasama pelajar kursus kesukarelawan dan kursus jenazah anjuran Masjid Al-Hidayah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.