19 Jun 2024, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Luna Liya

Kuala Lumpur – Karya-karya penulis mapan ternyata masih menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat hari ini.

Fenomena ini dapat dilihat melalui beberapa pempamer di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menterjemah dan menerbitkan semula karya-karya langka dengan mengekalkan kualiti karya tersebut sebagai usaha memberikan sumber-sumber bacaan “emas” kepada para pencandu buku.

Melalui sesi bual bicara Buya HAMKA: Air Mata & Cinta yang berlangsung di reruai Jejak Tarbiah pada Sabtu lalu, guru Penolong Kanan Sekolah Kauman Muhammadiyyah Padang Panjang, Indonesia, Ustaz Surya Bunawan dijemput sebagai pembicara perihal tokoh ulama tersebut.

Menurutnya, peribadi Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) wajar dijadikan inspirasi dalam kalangan anak muda khususnya penulis-penulis amatur demi menghasilkan karya yang berkualiti dan bermoral sebagai bacaan umum zaman kini. Kongsinya,

Buya HAMKA juga menangis, kerana hidupnya juga dalam kesusahan.

Rata-rata pencandu buku mengenali Buya HAMKA melalui filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, sebuah kisah cinta antara Zainuddin dengan kekasihnya, Hayati.

Karya agung itu pada awal penerbitannya, pernah dipersoalkan oleh masyarakat kerana Buya HAMKA dikenali sebagai sosok seorang ulama di Indonesia.

Bahasa dakwah tidak seharusnya disampaikan melalui pidato ataupun ceramah. Melalui roman yang memikat hati juga, dakwah pasti akan mengena. – Petikan Skrip Filem Buya Hamka Vol. 1

Tidak dinafikan, lebih 100 judul buah buku yang dihasilkan Buya HAMKA dalam pelbagai genre yang memikat. Misalnya, buku berbentuk ilmiah, travelog, cerpen, novel dan kitab tafsir.

Kepelbagaian tema yang dipegang oleh Buya HAMKA telah membuktikan bahawa untuk menjadi seorang penulis, mereka tidak harus bergantung kepada satu tema sahaja, sebaliknya mengkaji tema penulisan yang meluas juga merupakan satu keperluan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.