13 Jun 2024, 11:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu (PTMBM) sebagai Bahasa Ilmu di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam 2023 hingga 2030 telah dilancarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 15 Jun 2023.

Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah mengambil langkah awal dengan merancang beberapa inisiatif sebagai sokongan kepada usaha yang dilakukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penganjuran Bengkel Penulisan Kandungan Siri 1 yang berfokus kepada elemen kesantunan bahasa.

Bengkel yang dianjurkan melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini telah melibatkan sebanyak 70 orang peserta yang terdiri daripada 44 orang pelajar APB, UiTM, Shah Alam daripada pelbagai program antaranya termasuklah, Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional, Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional dan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi antara Budaya, serta sebanyak 26  orang pensyarah APB.

Inisiatif PTMBM yang julung-julung kali diadakan Jawatankuasa Pemandu PTMBM APB, UiTM Shah Alam pada 12 Jun, lalu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta bengkel terutamanya para pelajar berkaitan bidang penulisan kandungan yang menekankan aspek kesantunan bahasa.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui ceramah yang disampaikan oleh Munsyi Dewan, Dr. Abang Patdeli Abang Muhi ini diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dalam menghasilkan kandungan penulisan dengan menitikberatkan elemen kesantunan bahasa sebagaimana fokus dalam bengkel tersebut.

Program seperti ini dilihat sebagai satu daripada usaha memartabatkan Bahasa Melayu dapat diperkasakan seiring dengan hasrat KPT dalam PTMBM di IPTA sebagai Bahasa Ilmu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.