13 Jun 2024, 09:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Fesyen mempunyai bahasa penuh gaya dan pemikiran pengkarya yang tersendiri. Bahasa dalam fesyen ini telah diterjemahkan oleh Fashion Alumni Association (FAA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui pameran Fashionited: A Journey in Colour yang bermula 1 hingga 29 Jun, bertempat di Lumut, Perak.

Pameran ini merupakan satu daripada langkah utama mereka bagi mengumpulkan semula generasi lama dan baharu untuk membentuk sebuah komuniti yang ingin berdiri sebagai sebuah seni yang mempunyai kelantangan bersuara dalam komuniti seni.

Pengerusi FAA ITM/UiTM, Waisulqurni Ismail pada hari pertama pameran Fashionited: A Journey in Colour yang bermula 1 hingga 29 Jun, bertempat di Lumut, Perak.

Sebanyak 42 orang artis dikumpulkan bagi pameran yang berkonsepkan fesyen ini. Pengerusi FAA ITM/UiTM, Waisulqurni Ismail berkata bahawa pameran sulung ini merupakan permulaan detik bersejarah pertemuan bakat merentasi generasi. Jelasnya,

Bagai sirih pulang ke gagang, kami meraikan pelbagai liku cabaran yang telah kami tempuhi bersama-sama sebagai alumni ITM.

Pengurus Besar PORT (People Of Remarkable Talents), Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin telah merasmikan Pameran Fashionited: A Journey in Colour pada 1 Jun yang lalu, dengan membuka pintu dua buah galeri utama iaitu Manik Kapas dan Percha Artspace.

Dr. Zainudin Md Nor mengangkat prinsip fesyen mampan (fashion sustainable) bagi pameran Fashionited: A Journey in Colour.

Seorang daripada artis yang turut terlibat, Dr. Zainudin Md Nor mengangkat prinsip fesyen mampan (fashion sustainable) seiring dengan saranan Matlamat Pembangunan Mampan 2015. Kongsinya,

Fashion sustainable merupakan konsep yang mana kita mengambil bahan terbuang, kemudian ditambahkan makna dalam bahan tersebut.

Komuniti seni fesyen tanah air kini telah mula berkembang dengan pesat apabila wujudnya nama-nama besar dalam industri fesyen sebagai pemecah tradisi bagi mengangkat bahasa fesyen dari sudut pandang kita sebagai orang timur.

Semangat inilah yang sebenarnya menjadikan fesyen itu mempunyai kepentingannya tersendiri dan lantang diperagakan setiap orang pada setiap masa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.