Oleh Fenny Liging
29 Februari 2024, 16:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Program Secangkir Kopi yang memperkenalkan para penulis muda Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) kini dijenamakan sebagai Aroma Meja Bulat.

Menurut Kamus Dewan Perdana, “aroma” membawa maksud bau yang sedap, mis bau kopi, masakan yang dipanggang atau rempah-ratus, manakala “meja bulat” membawa maksud tempat perundingan atau perbincangan tentang sesuatu perkara yang menggunakan meja bulat.

Aroma Meja Bulat ini juga sebagai pelantar buat penulis baharu Sabah untuk memperkenalkan karya mereka.

Dalam siri pertama program tersebut bagi tahun ini, tiga buah buku telah dikupas, iaitu buku Selimutkan Alam dengan Cinta (Fauziah Haji Moksin), Gedung Kesaksian (Awang Abdul Muizz Awang Marusin) dan Bagai Kelekatu karya Rukimah Pandawa@Kims Diwa.

Ketiga-tiga buku tersebut merupakan kumpulan puisi remaja yang baharu dilancarkan pada tahun lalu.

Barisan penulis sedang memperkatakan tentang sumber ilham mereka dalam berkarya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Datuk Jasni Matlani, Pengarah DBPCS, Puan Aminah Awang Basar, dan Pengarah ILPKK, Encik Ts. Sudirman Hammade.

Program ini juga turut diserikan dengan iringan kumpulan pemuzik daripada Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), UMS yang diketuai oleh pensyarah Program Seni Muzik, ASTiF, Encik Elvin Danial.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.