19 Februari 2024, 16:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024, Ipoh telah dipilih sebagai lokasi bagi program Cipta Citra yang diadakan pada setiap tahun sebagai inisiatif bagi menyemarakkan lagi Hari Puisi Sedunia yang disambut pada 21 Mac, pada setiap tahun.

Umar Uzair, penyanyi dan penyair muda ASEAN 2015 dan Sofea Jane, pelakon merupakan wajah yang bakal mewarnai program Cipta Citra pada tahun ini.

Cipta Citra: Hari Puisi Sedunia yang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2024 bertempat di Ipoh, Perak, Malaysia.

Menurut Umar Uzair, Cipta Citra merupakan satu daripada usaha Meja Poedjangga untuk memperkenalkan sasterawan dan seniman tempatan kepada masyarakat umum lebih-lebih lagi kepada generasi muda pada masa kini.

Tambah beliau, puisi bukan sahaja boleh dinikmati melalui pembacaan dan persembahan deklamasi semata-mata tetapi juga boleh dinikmati melalui tayangan filem pendek yang dilihat sebagai alternatif yang istimewa buat penonton yang hadir.

Cipta Citra pada kali ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya termasuklah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Pelancongan Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, dan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Peserta program ini akan bersama-sama menaiki kereta api tajaan KTMB dan akan disambut oleh Datuk Bandar Ipoh sebaik tiba di Ipoh nanti.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.