Oleh Abd. Razak Osman
6 Januari 2024, 20:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pulau Pinang – Bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 telah berlangsung Sayembara Deklamasi Puisi Piala YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Sebanyak 23 peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kategori Malaysia dan sebanyak 14 peserta bagi kategori China dari institusi pengajian tinggi (IPT) China yang menyertai Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM) di USM telah menyertai sayembara ini. Sayembara puisi ini dianjurkan oleh Unit Pemartabatan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM; Bahagian Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sayembara Puisi tersebut, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong berkata bahawa peserta memilih untuk mendeklamasikan satu puisi daripada tiga puisi pilihan, iaitu “Bicara di Kaki Gunung Ledang”, “Mitos Bahasa” dan “Menuntun Si Merdeka”.
Akmal Hasif Mohamad Sukri dari UiTM Shah Alam berjaya memperoleh tempat pertama bagi kategori peserta dari Malaysia.

Kategori peserta dari Malaysia dimenangi oleh Akmal Hasif Mohamad Sukri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, yang telah mendeklamasikan puisi bertajuk “Menuntun Si Merdeka”, karya YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan. Tempat kedua dimenangi oleh Elvienie Petrus dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Muhammad Faris Fiqran Muhamad dari Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya, Sepang, Selangor.

Tempat pertama bagi Kategori dari China pula dimenangi oleh Huang Yu dari Universiti Minzu Guangxi China.

 

Seterusnya, bagi kategori peserta dari China pula, tempat pertama dimenangi oleh Huang Yu dari Universiti Minzu Guangxi China yang turut mendeklamasikan puisi bertajuk “Menuntun Si Merdekaā€¯. Manakala tempat kedua menjadi milik Tang Xinyi dari Universiti Komunikasi China dan tempat ketiga dimenangi oleh Zhang Siyu dari Institut Chengdu China.
Menurut Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong,
Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 (tempat pertama), RM400 (tempat kedua) dan RM300 (tempat ketiga) berserta dengan piala, sijil dan buku yang disampaikan oleh YB Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.
Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Profesor Dr. Salasiah Che Lah mewakili Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM; Konsul Republik China di Pulau Pinang, Puan Zheng Fang; Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Profesor Madya Dr. Jasni Sulong; Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik Armin Azhari Saleh dan Timbalan Konsul Republik China di Pulau Pinang, Puan Liu Li.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.