19 Disember 2023, 10:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Siti Nur Aqilah menganggap penonton filem tempatan tidak mahu mengenali nilai kesenian karya melalui pemerhatiannya dalam “Forum dan Dialog Seni Budaya dalam Filem.”

Tanpa cerita rakyat, saya tidak mungkin akan menulis skrip yang mantap. Filem merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Berhenti memberi maksud kerana filem itu sendiri mempunyai ‘kuasa’ untuk menerangkan ceritanya sendiri.

Ninot Aziz dalam “Majlis Forum dan Dialog Seni Budaya dalam Filem” anjuran JHEXA Sdn. Bhd. dan Sharpened Word yang telah berlangsung di Pawagam P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Kelang.

Saya sendiri faham apa yang ingin disampaikan oleh Ninot Aziz. Sebuah filem ada caranya yang tersendiri untuk memberikan kita kesedaran serta kefahaman yang baharu lalu membuka idealisme baharu dalam suatu kehidupan.

“If you want people to recognize your civilization, then share your story. Find the right people to do it properly, firm it whenever there’s a chance.”– Al Jafree Md Yusop.

Filem yang baik berdasarkan jalan penceritaannya, visual dan konsep seni yang lengkap serta unik. Kehebatan sebuah filem terletak pada gaya pengarahan seorang pengarah filem. Jika lakonannya hebat tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak berjaya, makna kata pengarah tersebut gagal untuk mengarah sesebuah filem.

There are three stages of film: artist, author and artistic. When it costs a screenplay, the writer needs to work properly when the story is about culture.”Hassan Muthalib.

Apa yang dikatakan oleh Hassan Muthalib adalah benar. Untuk menyampaikan sebuah cerita yang berkaitan dengan budaya bukanlah perkara yang mudah namun itulah keunikan setiap penulis untuk cuba menggambarkan budaya dengan penulisan tersendiri.

Pada pandangan saya, bukan semua penonton tidak menghargai atau tidak memahami karya seni serta filem tanah air. Hanya segelintir penonton di Malaysia yang mengalami kesukaran untuk memahami sesebuah penceritaan. Dalam erti kata lain, segelintir masyarakat masih tidak mampu untuk menerima kepelbagaian idealisme yang cuba dibawa dalam filem tempatan.

Apabila penulis diberikan kepercayaan untuk menulis sebuah cerita yang inti patinya melibatkan budaya, sesetengah masyarakat yang mempunyai idealisme tinggi akan meletakkan harapan yang tinggi. Hal ini kerana mereka mempunyai satu perspektif bahawa seni untuk seni manakala segelintir masyarakat yang mempraktikkan seni untuk masyarakat turut meletakkan harapan dalam filem yang ditonton.

Nilai sebuah kesenian dalam penceritaan untuk masyarakat adalah lebih mudah untuk difahami kerana gaya penceritaan yang tidak mengelirukan. Sebaliknya untuk penonton yang menghargai karya seni untuk seni, mereka lebih peka terhadap setiap elemen seperti, bahasa figura, garis plot, konsep seni dan penceritaan yang lebih kompleks. Hasil daripada karya sebegini adalah dari buah tangan Nik Amir Mustapha, Tan Sri P.Ramlee dan Raihan Halim.

“Your mind is art, I surrounded myself with collaboration instead of bringing my culture. Screenplay is a roadmap for everyone, my approach is my main and it is made by the audience to realise.” – Kabir Bhatia.

Sebagai mahasiswi di akademi seni, saya didedahkan dengan pelbagai pemikiran dan setiap pemikiran mempunyai idealisme yang unik. Pelbagai jenis filem yang telah dihasilkan oleh pengarah terkemuka dan setiap filem yang dihasilkan mempunyai kritikan serta nilai kesenian yang subjektif namun berkait rapat dengan realiti kehidupan.

Sudah tentu, setiap karya seni ataupun filem yang dihasilkan ada pengajarannya untuk dipelajari. Cerita-cerita rakyat Malaysia semakin dilupakan. Untuk terus diingati, para pengarah dan penulis perlu menghasilkan sebuah filem yang sememangnya daripada sejarah dan budaya tanah air agar ia tidak hilang dari dunia kesenian.

Sudah sampai masanya setiap penulis dan pengarah memerlukan pendapat orang awam untuk mengkritik karya yang mereka mahu sampaikan. Dengan adanya kritikan serta pandangan, penulis dan pengarah akan membaiki serba-serbi karya mereka.

Tetapi apabila diberi peluang untuk memberikan pandangan, ada segelintir masyarakat mahukan karya seni seakan-akan karya luar yang melambangkan identiti ataupun budaya yang sememangnya bukan budaya kita.

Suka ataupun tidak, inilah masalah yang belum selesai kerana masyarakat tidak mahu mengenali nilai kesenian sebuah karya.

J ika sebuah filem itu tidak mendapat sambutan seperti mana yang diharapkan, maka akar masalahnya ialah penonton sendiri kerana tidak mahu memberi peluang kepada diri sendiri untuk menonton. Tahu menilai berdasarkan bualan mulut dan menanggap filem itu sebagai hiburan sahaja.

Satu-satunya cara untuk menyokong industri seni dan filem adalah dengan menghargainya. Filem merupakan salah satu cabang daripada tunjang kesenian. Penghargaan daripada penonton merupakan aspek penting untuk perkembangan filem tempatan.

“I attended Mansor Puteh, this movie is a propaganda. I always have it in my mind, I would like to see it simple. I would like to see Malay stories on stage.” – Ninot Aziz.

Melalui forum ini, saya dapat lihat dan mempelajari aspek-aspek seni budaya dalam perfileman dengan lebih jelas. Semoga industri perfileman tanah air berkembang dengan pengeluaran karya-karya yang lebih matang dah terkemuka di mata dunia. Kepada komuniti tanah air, hargailah karya-karya yang dikeluarkan oleh anak seni tempatan.

______________________

Aqmir Alhamdi merupakan deklamator bebas dan telah menulis tiga artikel kreatif. Serta, bekerja dalam produksi dokumentari Borneo Demands Productions, sebagai translator dan penulis storyboard untuk dokumentari Borneo Wildlife Nature yang telah berlangsung di TVS. Kini, beliau menyambung pelajaran di ASWARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Penulisan Filem dan Televisyen.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.