1 Disember 2023, 14:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kumpulan Arjuna Sakti dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Rukun Negara Peringkat Kebangsaan bagi kategori Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan tajuk sketsa Tok Belantara telah membawa pulang piala, hadiah wang tunai bernilai RM6000, plak berserta sijil penyertaan pada 27 November, lalu.

Sketsa Pohon Lima yang dipersembahkan oleh Kumpulan Anak Seni Teater Ghafar Baba dari SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka berjaya menambat hati juri dan merangkul kedudukan sebagai naib johan, diikuti oleh Kumpulan Citra Harmoni dari SMK Datuk Hj Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat ketiga dengan sketsa bertajuk Jalinan Perpaduan.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2023 pada kali ini telah menyaksikan lima kumpulan bagi Kategori Kelab Malaysiaku dan tiga kumpulan bagi Kategori Khas Orang Kurang Upaya (OKU) bersaing sengit dalam mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai bakal Johan bagi pertandingan Sketsa peringkat Kebangsaan tahun ini.

Johan pertandingan bagi Kategori Khas Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjadi milik Kumpulan G19 daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 19, Shah Alam, Selangor dengan tajuk sketsa Aku Anak Malaysia bersama-sama hadiah wang tunai bernilai RM3000, piala, plak berserta sijil penyertaan.

Johan pertandingan bagi Kategori Khas Orang Kurang Upaya (OKU), Kumpulan G19 daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Kumpulan Seri Pepatih dari PPKI SMK Seremban 2, Negeri Sembilan dengan sketsa Ikrar Keramat dan tempat ketiga Kumpulan Sejiwa dari PPKI SMK Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan tajuk sketsa Rukun Negara Kunci Perpaduan Rakyat Malaysia masing-masing berjaya menambat hati juri sepanjang pertandingan berlangsung.

“Prinsip Rukun Negara” yang menjadi tema utama bagi Pertandingan tahun ini telah dilaksanakan secara langsung menerusi pelantar Facebook JaPen Negeri pada 27 November, yang lalu.

Inisiatif Pertandingan yang berkonsepkan seni lakon dan penceritaan ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai Rukun Negara selain dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan peringkat umur khususnya ahli Kelab Malaysiaku.

Senarai penuh pemenang Pertandingan Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2023 bagi Kategori Kelab Malaysiaku dan Kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Tahun ini, seramai 881 penyertaan dan 102 kumpulan dari seluruh negara turut serta menyahut cabaran melalui pertandingan sketsa peringkat kebangsaan yang  bermula pada Jun hingga Ogos yang lalu.

Sesi penjurian dan pengumuman pemenang Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Kebangsaan ini boleh ditonton secara dalam talian di:

https://www.facebook.com/JabatanPeneranganMalaysia/videos/3675680529357198.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.