11 Oktober 2023, 15:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan telah bekerjasama dalam menganjurkan pertandingan pantun lakon yang menggabungkan elemen berbalas pantun dan juga lakonan pentas pada 10 Oktober 2023, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Kerjasama strategik untuk manfaat bersama-sama dalam penyebaran bahasa dan sastera melalui DBP dan BSN ini bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah kerjasama pintar dengan pihak luar bagi meluaskan capaian penyebaran bahasa dan sastera kepada masyarakat selain menjalinkan kerjasama bersepadu dengan agensi swasta yang berkepentingan untuk memperkukuh dan memperluas jaringan rakan sinergi.

Enam peserta terbaik berentap untuk Pertandingan Pantun Lakon DBP x BSN bagi merebut gelaran Juara Pantun 2023.

Pertandingan Pantun Lakon 2023 ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, YBrs. Encik Abdul Ghani Abu, Ketua Pegawai Kewangan BSN, Norhafizah Md Shariff dan Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa Muzammil.

Barisan tetamu kehormat yang hadir sewaktu Pertandingan Pantun Lakon BSN x DBP 2023.

Sebanyak 48 penyertaan telah diterima dan enam orang peserta terbaik telah terpilih pada peringkat akhir untuk bertanding secara berpasukan dan akan melalui tiga pusingan pertandingan yang diberikan latar tempat yang berbeza, iaitu Wisma DBP, Wisma BSN dan Dataran Merdeka.

Yang berikut merupakan senarai pemenang untuk Pertandingan Pantun Lakon anjuran DBP x BSN 2023:

  • Johan: Muhammad Syafiq Zainalamin (penerima anugerah kategori Pelakon Terbaik)
  • Naib Johan: Nur Azni Syakirah Mohd Nor (penerima anugerah kategori Pemantun Terbaik)
  • Tempat Ketiga: Muhamad Shamsuri Hashim
  • Sagu hati: Nur Fatin Ainina Mohd Nor Azman, Muhammad Ikhwan Hakimi Mohd Yusof, Mohamad Hanif Haikal Kamarulzaman
Muhammad Syafiq Zainalamin (kiri), johan; Nur Azni Syakirah Mohd Nor, naib johan dan Muhamad Shamsuri Hashim, tempat ketiga.

Penerapan elemen simpanan melalui topik pantun lakon dan pemerkasaan bahasa dan sastera kepada masyarakat melalui pantun dan seni lakon ini secara tidak langsung memberikan pendedahan dan ilmu secara didik hibur kepada generasi muda pada masa ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.