8 Mei 2023, 12:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan menganjurkan Sayembara Penulisan Sajak Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2023 bermula hari ini hingga 30 Jun 2023.

Sayembara ini terbuka kepada orang awam yang berusia 18 tahun ke atas, termasuklah pelajar prauniversiti (pelajar tingkatan 6), pelajar institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, institusi pendidikan guru dan orang awam di negeri Kelantan.

Sajak ciptaan haruslah tidak melebihi 40 baris dan meliputi bidang fizik, biologi, kimia, kejuruteraan, kesihatan atau alam sekitar.

Pemenang untuk Sayembara Penulisan Sajak Sains dan Teknologi 2023 akan mendapat hadiah wang tunai. Juara akan mendapat wang tunai sebanyak RM700, tempat kedua sebanyak RM500, manakala tempat ketiga pula sebanyak RM300.

Sayembara Penulisan Sajak Sains dan Teknologi 2023 kali ini mengangkat tema Sains dan Teknologi sebagai isu utama dalam penciptaan karya.

Pengkarya muda diseru untuk menyertai Sayembara Penulisan Sajak Sains dan Teknologi 2023 ini untuk mengasah kemahiran dan kreativiti mereka dalam penciptaan sajak.

Sebarang maklumat lanjut, peserta boleh menghubungi Puan Tuan Siti Mastazameatun melalui talian 017-9532881 dan Encik Mohd Zizie Setapa melalui talian 019-98443013.

Penganjuran sayembara ini adalah bertujuan untuk memupuk minat anak muda dan pencinta sastera untuk menghasilkan karya puisi yang berkualiti melalui tema sains dan teknologi.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.