20 April 2021, 21:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) telah mengadakan rakaman Program Bedah Buku yang diadakan di PPAK pada 18 April 2021 bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021. Rakaman program tersebut akan disiarkan pada 23 April 2021, pukul 10 pagi di laman Facebook PPAK.

Ahmad Zulkamal Ismail selaku moderator.

Program bedah buku tersebut telah membicarakan dua buah buku terbitan ASASI iaitu Antologi Puisi COVID-19 yang berjudul Siluman Pandemik dan Trilogi Novel Karya Rumaja Malaya yang dikendalikan oleh Ahmad Zulkamal Ismail dan menampilkan dua orang ahli panel iaitu Zaidin Abadi dan Puzi Hadi. Antara tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk memperkatakan tentang hasil karya penulis negeri Kedah yang begitu konsisten dalam menghasilkan karya sastera yang bermutu dan terbaik.

Program yang merupakan inisiatif antara ASASI dan PPAK tersebut diharap dapat menyuntik semangat penulis negeri Kedah untuk terus menghasilkan lebih banyak karya sastera yang berkualiti dan sekali gus berupaya melahirkan golongan penulis yang berbakat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.