Oleh Asrar Ab Latif
24 April 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Demi memupuk kecintaan terhadap sastera, khusunya dalam kalangan kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah melalui kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Pendeklamasi Cilik bersempena dengan Festival Sastera Kanak-kanak Peringkat Negeri Sabah pada Sabtu lalu, bertempat di Dewan Serba guna, Perpustakaan Negeri Sabah, Tanjung Aru.

Bengkel anjuran Unit Promosi dan Penataran, DBP Cawangan Sabah yang disertai sebanyak 50 orang pelajar dari 25 buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran turut melibatkan peserta yang berumur 10 hingga 12 sebagai inisiatif bagi mencungkil bakat mereka dalam bidang pendeklamasian sajak.

Pendeklamasi puisi merupakan orang tengah antara penulis dengan pendengar dan sesebuah puisi akan dianggap hebat jika pendeklamasi bijak menggayakannya. Bakat yang digilap melalui bengkel seperti ini dilihat bakal mencungkil potensi peserta yang unik dari segi suara, gaya dan teknik dalam mendeklamasikan sesebuah puisi.

Bengkel Bimbingan Pendeklamasi Cilik bersempena dengan Festival Sastera Kanak-kanak Peringkat Negeri Sabah pada Sabtu lalu, bertempat di Dewan Serba guna, Perpustakaan Negeri Sabah, Tanjung Aru.

Latihan amali berbentuk pertandingan diberikan sebagai ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan teknik mendeklamasikan puisi dengan tepat. Dua orang pembimbing dari Kelab Pemuisi D’Bayu, Encik Hilmi Ismail dan Encik Fauzi Jamikah yang tidak asing lagi dalam dunia pendeklamasian turut berkongsi bahawa pendeklamasi harus memahami dan menghayati sesebuah puisi terlebih dahulu agar lontaran suara dan vokal dapat dilantunkan dengan tepat dan sampai kepada pendengar.

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah berharap bengkel seperti ini berupaya melahirkan pendeklamasi cilik hebat dan berjaya bagi mewakili negeri Sabah dalam sayembara puisi peringkat negeri atau kebangsaan satu hari nanti.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.