15 April 2021, 15:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUANTAN – Sebuah Bengkel Pengucapan Puisi telah dianjurkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) kawasan Pahang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 26 – 28 Mac 2021 yang bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

Bengkel tersebut telah disertai sebanyak 18 orang peserta dari seluruh negeri Pahang dan bertujuan untuk menyemarakkan lagi minat dan kreativiti dalam kalangan penyair di negeri tersebut dalam bidang pengucapan puisi. Antara pembimbing yang terlibat ialah Usman Gumanti Ibrahim, Asmui Mustapa, Amaruszati Noor Rahim, Azmi Ismail dan Mat Nordin Mat Salleh yang merupakan penyair dan deklamator kebangsaan di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh bengkel berlangsung seperti sesi menghayati puisi, sesi menghadam puisi, sesi olahan suara dan latihan mendeklamasikan puisi. Bengkel tersebut sangat bermanfaat kepada peserta untuk mendalami ilmu teknikal berkaitan cara mendeklamasikan puisi secara berkesan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.