Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Anugerah Penulisan Asia Tenggara (Southeast Asian Write Award) atau lebih dikenali sebagai S.E.A. Write Award merupakan anugerah berprestij yang diwujudkan bagi mengiktiraf para penulis di negara rantau ASEAN.
Penerima S.E.A. Write Award di Malaysia berjumlah 44 orang sejak dianjurkan sehingga tahun 2023. Oleh kerana anugerah ini boleh dianggap anugerah “kedua” tertinggi selepas Anugerah Sastera Negara (Sasterawan Negara), maka diperlukan suatu seminar pemikiran yang boleh mengupas dan mewacanakan kepengarangan para penerima anugerah tersebut.
Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera (BPS) telah mengadakan buat pertama kalinya Bengkel Penyelidikan Kajian Pemikiran Penerima S.E.A. Write Award (Malaysia).
Bengkel ini bukan sahaja dilakukan bagi mengkaji pemikiran, falsafah dan kepengarangan, tetapi merupakan suatu bentuk dokumentasi serta memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang karya penerima anugerah.
Menariknya, bengkel ini tidak sahaja melibatkan para sarjana universiti, malah turut melibatkan para pengkaji dan peneliti sastera yang sememangnya mengikuti rapat perkembangan tokoh S.E.A. Write Award.
Berikut merupakan para penerima S.E.A. Write Award yang dikaji dan penyelidik yang membuat kajian tersebut:
| PENERIMA S.E.A. WRITE AWARD | PENYELIDIK |
| Adibah Amin | Dr. Mohd Hanafi Ibrahim |
| A. Latiff Mohidin | Dr. Arba’ie Sujud |
| A. Wahab Ali | Prof. Madya Dr. Ghazali Din |
| Khadijah Hashim | Nisah Haron |
| Lim Swee Tin | Dr. Norhayati Ab Rahman |
| Zakaria Ariffin | Abdul Wahab Hamzah |
| Zakaria Ali | Prof. Madya Dr. Ariff Mohamad |
| A. Ghafar Ibrahim | Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman |
| Jong Chian Lai | Dr. Sara Beden |
| Hatta Azad Khan | Dr. Nur Afifah Vanitha Abdullah |
| Azmah Nordin | Prof. Dr. Asmiaty Amat |
| Zaen Kasturi | Dr. Mohamad Shaidan |
| S.M. Zakir | Che Abdullah Che Ya |
| Ismail Kassan | Dr. Fazilah Husin |
| Zam Ismail | Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid |
| Jasni Matlani | Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali |
| Rejab Ismail | Dr. Husairi Hussin |
| Abizai | Dr. Dilah Tuah |
| Mawar Safei | Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin |
| Shamsudin Othman | Dr. Syaidul Azam Kamarudin |
| Aminah Mokhtar | Dr. Maskiah Haji Masrom |
| Rosli K Matari | Salman Sulaiman |
| Osman Ayob | Dr. Nadiatul Shakinah Abdul Rahman |
| Siti Zaleha M. Hashim | Mohd Ridzuan Harun |