Diterbitkan pada 9 Mac 2026, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 

Nanti, bila kita bukan lagi api
kau tinggal hitam di hujung sumbu
aku jadi abu rindu jatuh perlahan
di lantai ingatan yang tak pernah disapu.

Aku, sulur asap terlupa jalan pulang
kau, jelaga melekat pada siling kenangan
jasad pernah menyala diam
membara sebentar
sebelum rentung—
menemui kita.

Nanti, bila tangan tak lagi hangat
malam tak tahu siapa yang harus dipeluk
kata-kata gugur sebagai arang
tak sempat menitip doa
namun masih berbau—
kerinduan terpadam.

Nanti, bukanlah api yang membunuh kita
sebenar-benarnya;
aku dan kau.

 

Zoul

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan