Oleh
Azyan Zaidi
Diterbitkan pada 30 Disember 2025, 16:00
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKita berpijak di bumi Tuhan
Menumpang sekelumit tanah
Yang sebesar kuman
Demi meneruskan kehidupan
Namun kita lupa berdoa
Meminta kepada yang memberi
Yang telah menunjukkan jalan-Nya
Sehingga hidup menjadi bererti
Alpa pada kejayaan
Sehingga tertunduk hilang keimanan
Benci kepada kemiskinan
Sehingga terduduk tidak berusaha
Mengapa sikap kita begitu
Kerana kita lupa pada yang hakiki
Kita leka pada duniawi
Yang bukan kepunyaan kita
Berdoalah dengan sesungguhnya
Kerana kita bukan siapa-siapa
Kita hanya menumpang
Pada secebis harapan.