Diterbitkan pada 30 Disember 2025, 19:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

aku adalah gudang tersepit
di antara punch-in & punch-out

dunia dipadatkan
menjadi pulau
setimbul dicelah longgokan hasrat
menunggu waktu pulang

tapi pelabuhan
tak pernah diam
kerani masih sibuk angkat panggilan
melayani kehendak-kehendak manusia
saban waktu memenuhi ruang punggah

lewat graf & statistik
aku menyaksikan
pergelutan-pergelutan melawan sepi
tiap angka adalah suara batin
tersepit di sela-sela spreadsheet

akulah gudang itu
menyimpan selautan hasrat
antara 2 pelabuhan jiwa

ada ganjaran masih dalam perjalanan
ada harapan sudah minta pulang ke rumah
kita semua mengejar matahari
antara timbul & tenggelam diri

di gudang ini
hidup dipadatkan
disumbat dalam cloud
siapa pula selepas ini akan menjadi pulau
di tengah samudera kota itu?

Dayabumi, KL
9/7/25

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan