Oleh
Hanim Musa
Diterbitkan pada 29 Disember 2025, 10:00
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPengakuanku bahawa
diriku ditimbusi segunung khilaf
busut-busut kesalahan
bermunculan bagaikan cendawan selepas hujan
mustahil untuk aku tidak menyesali
kesalahan yang ingin aku susun kembali
di mana dari banyak kesalahan aku
aku hanya ingin memeluk diri aku yang dulu
lalu aku memohon ampun kerana
aku tidak mampu melindunginya
dengan selayaknya
aku manusia tidak mungkin tidak berbuat kesilapan
maka, pimpinlah aku tanpa cerca herdik.