Diterbitkan pada 26 Disember 2025, 15:34
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAngin malam menyapa pipi,
Hingga tersua lubuk sanubari,
Terus merintih tiada henti,
Membawa sang hamba ke lembah sepi.
Nasib sang hamba terbuang tak bertali,
Dek tersisih oleh kaum sendiri,
Tohmahan dan dusta terus meniti,
Tersebar sengketa ternyala api.
Sukma sang hamba rundung malang,
Gegak gempita bak medan perang,
Rawan sukma tiada penghujung,
Rindunya kisah yang kini dongeng.
Gerangan nasib seakan durjana,
Akan kesudahan tiada natijahnya,
Dengan harapan yang kini sirna,
Bagai purnama ditelan gerhana.
Sukma sang hamba jitu tekadnya,
Akan suratan yang maha Esa,
hati luhur tetap setia,
Menanti sinar menyirna duka.