Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Seramai 45 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berkampung dua hari satu malam di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 6 dan 7 September sempena penganjuran program Kem Sanggar Debat Madani 2025.

Program yang dianjurkan oleh Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu menghimpunkan peserta daripada enam sekolah, iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sekolah Seri Puteri (SSP), SMS Batu Pahat (SEHEBAT), SMS Rembau (SEMESRA), SMS Seri Puteri (SESERI) dan Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah (SHAHPEKAN).

Sepanjang kem ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai slot dan aktiviti termasuklah Sesi Pengenalan Asas Debat, Sesi Mini Parlimen, Sesi Memori Debat Kilat dan Simulasi Debat Akhir.
Majlis Penutup kem ini telah disempurnakan dengan penuh penghormatan oleh Kapten Prof. Madya Ahmad Zaidi Sulaiman (B) Pengarah Kanan, JHEPA yang turut menyampaikan ucapan serta menyampaikan penghargaan dan hadiah kepada para peserta.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat memberi pendedahan terhadap generasi muda untuk berhujah dan berbahasa dengan baik sekaligus menepati aspirasi Malaysia MADANI.