Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pemenang Sayembara Cerpen Cereka bertemakan antropomorfisme, iaitu genre yang menampilkan watak haiwan yang menjadi watak utama, boleh berkata-kata, berfikir dan bertindak seperti manusia telah diumumkan pada 15 Ogos 2025 yang lalu.
Lima orang pemenang utama ialah Mohd Hafiz Ali dengan cerpen berjudul “Universiti Rimba Raya”, Hannah Serres dengan cerpen berjudul “Riwayat Taring Anu”, Miss Noi dengan cerpen berjudul “Rumahmu Syurgaku”, Alia Zainal dengan cerpen berjudul “Memburu Kejora” dan Syailah Riklis dengan cerpen berjudul “Kisah Jiha & Jinggo”.
Semua pemenang menerima wang imbuhan RM400.00 dan kontrak penerbitan sebelum diterbitkan. Sayembara tersebut telah berlangsung pada 11 hingga 21 Julai lalu dengan penyertaan sebanyak 278 buah cerpen.
Cerpen-cerpen yang dinilai mengandungi di antara 1,500 hingga 3,000 patah perkataan dan tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Cereka ialah aplikasi bawah Amanz Media Sdn. Bhd. yang memfokuskan kepada penghasilan kandungan berkaitan perkembangan dunia IT dan kandungan kesusasteraan seperti cerpen dan certot.