Oleh
Zulzafry Zulkifly
Diterbitkan pada 18 April 2025, 07:10
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMelarik cinta,
Bak ciuman embun,
dakapan mentari pagi,
kicau kenari.
Janji cat buat kanvas:
“hidup warna-warni”
Sumpah kanvas kepada cat:
“padang luahan emosi”
Adakala lukisan
indah dikagumi orang,
tergantung dinding kenangan;
Rosak ditelan bakul sampah,
renyuk mengajar erti sabar;
Abstrak tak difahami,
seni buat mata hati.
Lumrah berkasih,
andai luhur berus dan teknik,
mekar karya di muzium insani.